Friday, July 2, 2010

Tiada apa yang lebih membanggakan melainkan....


Apa khabar khalifah-khalifah Allah di sana? Moga diberi kekuatan dalam kejihadan...  Haa..di sini ana nak kongsi sikit pengalaman ana semasa di UIA. Sebelum tu ana nak cerita la sikit kan tentang diri ana ni, ana ni bukanlah boleh dikategorikan dari kategori budak cerdik pandai, tetapi kategori biasa2 jer..(rendah diri pulak,huhu). 

           Masa dalam kelas , ustaz ana yang berasal dari Sudan tu, suruh kami buat kerja dalam kumpulan. So, antara semua kumpulan , kumpulan analah yang paling kuat main,kuat gurau,kuat sembang, kuat apa2 jelah..kami semua 3 org perempuan(no boys, dalam kelas bahasa arab kan,xleh campur-campur nie,huhu, kalau bukan kelas agama, memang lama dah kena campur). Masa tu seingat ana, kami kena buat soalan berdasarkan petikan teks arab tu. Tapi entahlah masa hari tu sahabat ana macam xde mood je nak buat. Kebetulan hari tu, ana rasa semangat, yelah, sebab ana sayangkan ustaz tu, sbb sebelum ni pernah kena marah dengan dia pastu dia minta maaf, kira macam kenangan manislah katakan..huhu..eh eh.. tersimpang pulak. So, ana sorang jelah buat soalan-soalan tuh (kalau versi indonesia cakap "gue bikin sendiri kok!"). ustaz bagi tempoh dalam 10 minit. Lepas dah siap tu, ustaz tanya wakil setiap kumpulan ,dia suruh baca, betul ke tidak apa yang kami buat tu ,setiap kumpulan kena komen, kena tegur, ada yang hampir-hampir kena marah,fuh... ,garang jgk ustaz ni. 
                  
          Sampai je giliran kumpulan ana, ana suruh la member-member ana, memandangkan diaorg rilek je kan! huhu..tapi diaorg tiba-tiba pas kat ana pulak..huh! ana la yang kena baca, ana pon baca satu persatu, sekali dengan jawapan (dalam hati tu malu tak terkira dah, al maklumlah wanita pemalu..huhu). Lepas dah habis baca, jawab soalan ustaz, tahu x apa dia?? Agak-agak ana kena marah ke tidak? Alhamdulillah,tak kena marah pon, malah, siap kena puji lagi..hehehe..gembiranya rasa, senangnya hati..sahabat-sahabat ana yang lain pandang ana, puji-puji ,haha..(ni bukan bermaksud ana suka sangat dipuji, cuma rasa bangga bila usaha yang kita buat tu berhasil) ustaz cakap dalam bahasa arab dia la (Jayyid jiddan) mesti pernah dengar kan, kalau xpernah dengar, maksud 'Jayyid jiddan' ialah sangat baik!..hehe 

                 Kalau antum (kamu semua)  nak tahu, bagi seorang pelajar, tiada apa yang lebih membanggakan melainkan PUJIAN SEORANG GURU....

No comments:

Post a Comment

SALAM SEMUA