Thursday, June 16, 2011

Kenapa la hari ni rasa down sangat2..Ya Allah..rasa rendah diri sangat dengan orang lain. Selalu tak yakin pada diri. Entahlah.. rasa kegagalan dalam diri  nilah yang menjadi batu penghalang dalam diri aku. Apa la nak jadi dgn aku ni. Aku tak nampak matlamat hidup aku secara jelas, ke arah mana aku perlu pergi, apa persediaan aku untuk menghadapi masa mendatang. Kenapala rasa down sangat hari ni, rasa rendah diri makin menebal dalam diri.. ke sebab syaitan duk bermain-main gn hati aku..sampai kadang-kadang aku hampir nak berputus asa.. sbb selalu merasakan aku sering keseorangan, seolah-olah tak da sapa yang nak ambik berat pasal aku dah..

Ya Allah..dengan rendah diri aku bermohon kepada-Mu ya Allah yang Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha Mengetahui segala isi hati,
Engkau kuatkan dan tabahkan hatiku menempuh ujian yang ku alami sekarang dan masa akan datang ya Allah..

jangan kau biarkan aku dalan kekusutan,kekeliruan yang berpanjangan Ya Allah Ya Rahman,
Jangan Kau biarkan aku berjauhan dari jagaan Rahmat-Mu,
Janganlah kau berpaling dariku ya Allah,
Berikanlah aku petunjuk dan hidayah-Mu untuk aku memperbaiki diriku ya Allah,
hadirkanlah dalam hidup teman hidup dan sahabat yang sentiasa dapat meransangku ke Jalan-Mu ya Allah, yang sentiasa memotivasikan diriku untuk lebih maju ya Allah..
Peliharalah diriku dari kejahatan yang ada dalam diriku ya Allah..
Ampunkan aku jika kadang-kadang aku terleka,
jika aku kecundang dalam perjuanganku ya Allah...
Bantulah aku ya Allah..dengarlah rintihan dari hamba-Mu ini ya Allah... kerana sesungguhnya tiada sesiapa yang memahami dan mengerti isi hatiku yang sebenarnya

kecuali Engkau...