Friday, July 2, 2010

Oh budu ! Oh petai!

Nyam..nyam..huuurmm..sedapnyer.. sebut je budu dengan petai ni, lidah rasa sedap semacam jer, terutama mereka yang berasal dari pantai timur ni, macam negeri Kelantan,Terengganu,Pahang..ana ni pon walaupun tinggal di Pahang sejak kecil lagi,tapi darah yang yang mengalir dalam badan ni,darah Kelantan tau.. mana tidaknya, mak dengan ayah ana berasal dari Kelantan..hehe..yelah,kat sana kan glamour dengan budu petai nih..hehe

           Ana ni memang suka sangat budu dengan petai ni, tak kiralah, petai muda ke, petai masak ke, petai rebus,petai jeruk, sambal petai..bak kata ada je kaitannya dengan petai mesti sapu (makan)..hehe.

          Selama ni kita makan budu dan petai ni, kita tahu tak ada khasiatnya atau tidak? Entah-entah tak ada pon..wait..wait..don't think like that! Untuk pengetahuan semua, petai dan budu ni ada khasiatnya..cuma kita tak tahukan, sebab tak ada masa nak kaji mende ni,kan? 

           Petai ni banyak khasiatnya, yelah, ciptaan Allah, kita tak boleh menafikannya,petai sebenarnya mengandungi 3 jenis gula iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yang dikombinasikan dengan serat yang mana khasiatnya dapat memberi tenaga yang besar dan tenaga yang besar dalam melakukan aktiviti harian kita. Jadi tidak hairanlah jika para atlet menyukai petai kerana ia memberikan tenaga dan mampu untuk melawan  dan mengubat penyakit. 
  
Menurut survey yang dilakukan oleh MIND diantara pesakit yang mengalami tekanan hidup, ramai antara mereka merasa lebih baik setelah makan petai. Hal ini terjadi karena petai mengandung tryptophan, sejenis protein yang diubah tubuh menjadi serotonin. Inilah yang akan membuat para pesakit relax, memperbaiki mood dan secara umumnya membuat seseorang itu rasa lebih tenang.

Sebenarnya banyak lagi khasiatnya, di sini ana senaraikan ye :

  • Vitamin B6 yang dikandung petai mengatur kadar gula darah, yang dapat membantu mood.
  • Dengan kandungan zat besi yang tinggi, petai dapat menstimulasi produksi sel darah merah dan membantu apabila terjadi anemia.
  • mengurangkan risiko tekanan darah dan stroke
  • mengandungi kalium yang dapat merangsang pemikiran dan membantu kemampuan otak sesuai untuk pelajar.
  • mempunyai serat yang tinggi yang dapat membantu mengatasi masalah sembelit. 
  • Petai dapat menolong orang yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6 dan B12 yang dikandungnya, bersama dengan kalium dan magnesium, membantu tubuh cepat sembuh dari kesan penghentian nikotin. Bagi perokok di luar sana, kalau anda berazam nak hentikan merokok,cuba-cubalah makan petai yer..ingat! merokok membahayakan kesihatan,Haram hukumnya tahu..sebab rokok tu tiada kebaikan yang kita dapat darinya,kalau dapat hilangkan stress, tu hanya untuk sementara jer, lebih baik makan petai,hehehe...merokok tu yang kita dapat keburukan semata-semata..xcaya carilah info tentang rokok tu, ubat nyamuk  pon ada! hurmm....pasni kita pakat ramai-ramai makan petai yer?! hehe.. untuk maklumat lanjut tentang khasiat petai ni, sila layari laman ni berikut Khasiat petai.
 Hurmm..dah tahu betapa khasiatnya petai kan? sekarang kita pergi ke khasiat budu pulak..hehe, sebelum tu ana nak buka sikit fikiran pembaca semua, Nabi S.A.W. kita menyuruh umatnya supaya besederhana dalam hidup, kerana itu dapat menempah kebahagiaan di dunia dan akhirat. Oleh itu, kita hendaklah besederhana dalam hidup kita, begitu juga dengan makan, kita tak boleh asyik makan nasi jer,zat-zat lain kita pinggirkan, macam sayur, buah dan lain-lain. Bak kata Iklan kesihatan di televisyen, "Makanlah makanan yang seimbang". Haa..disini pointnyer iaitu seimbang. Mesti anda pelik kan, kenapa ana kaitkan seimbang dengan budu ni?! macam xda kena mengena jer. Nanti.............nanti...ada kena mengenanya..kita boleh makan budu,tapi janganlah berlebih .

         Untuk pengetahuan budu diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.
Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.

         Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toksik dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.
        
         Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

         Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.  Untuk pengetahuan lanjut tentang khasiat budu ni, sila layari laman web berikut Khasiat Budu.

So, macam mana? tak rugi pon kalau makan budu dan petai ni..mari jadikan petai dan budu makanan favourite anda seperti saya.....!!       (^_^)


tapi jangan lupa gosok gigi..hehe..










No comments:

Post a Comment

SALAM SEMUA