Friday, January 6, 2012

Penawar ringkas rasulullah buat mereka yang sakit...



by Ayuni Alwani on Friday, January 6, 2012 at 6:18pm
Suatu hari Fatimah mengadu kepada Saidina Ali Abu Talib yang tangannya sakit , badannya lenguh kerana sering menggiling gandum untuk membuat roti dan Saidina Ali berkata kepadanya:

"Bapamu telah pulang dari medan peperangan dan membawa balik ramai tawanan. Pergilah berjumpa Baginda dan mintalah seorang khadam untuk membantumu."

Maka beliau pun pergi untuk menyatakan hasratnya. Walaubagaimanapun Rasulullah enggan memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Fatimah pulang dengan perasaan hampa. Rasulullah kemudian mendatangi puterinya dan menantunya lalu bersabda:

"Apakah kamu berdua mahu aku ajarkan satu perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua baring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) sebanyak 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) sebanyak 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) sebanyak 33 kali. ia adalah lebih baik bagimu dari seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang diajarkan kepada anak dan menantunya, dan semenjak itu, Saidina Ali terus mengamalkannya dan berkata ,"Demi Allah,aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Oleh itu,marilah kita sama-sama beramal..bila?..hari ini juga..kerana kematian tidak menunggu kita dan memberi peluang untuk kita berbuat amalan kerana dia akan datang bila masanya sudah tiba...