Saturday, May 22, 2010

62 TAHUN PALESTIN DIJAJAH

Oleh MUHAMMAD IRFAN ISKANDAR

62 lamanya bumi Palestin telah dibelasah oleh Israel sehingga menyebabkan “tanah yang dijanjikan” itu sebagai neraka manusia asal berketurunan Kanaan. Pada 15 Mei 1948 hasil percaturan politik dan usaha gigih desakan masyarakat Yahudi antarabangsa, bumi Palestin yang berjaya ditawan oleh British dalam Perang Dunia Kedua diserahkan secara rasmi sebagai negara baru Israel.

Mengenang tarikh penyerahan tersebut, lebih 6,000 orang pelarian Palestin berhimpun di kem pelarian Jabaliya dan Nuseirat di Lebanon dan sekitar semenanjung Gaza pada Jumaat lalu (14 Mei 2010) bagi memperingati Hari Nakba – hari bencana. Pada tarikh penyerahan bumi Palestin itu kepada pelampau Yahudi, hari tersebut disifatkan sebagai hari yang paling malang atau bencana kerana bermulah pembentukan sebuah negara baru, iaitu Israel.

Semasa perhimpunan memperingati Hari Nabka, Ketua Perunding Pihak Berkuasa Palestin, Saeb Erekat mengirimkan mesej bahawa “hak-hak pelarian telah dihormati dan dihargai, termasuk hak untuk kembali ke tanah air, kos rawatan kesihatan dan imbuhan. Keadaan itu adalah berlawanan dengan Israel, mereka bukan sahaja menolak untuk mengakui hak warga Palestin untuk kembali dan terus menolak hak-hak asasi para pelarian.”

Dua hari selepas pelarian Palestin memperingati tarikh percerobohan tersebut, kabinet Israel merancang untuk membawa balik sejumlah 15,000 rakyat keturunan Yahudi yang tinggal di luar negara. Bagi membolehkan mereka kembali, kerajaan Israel memperuntukkan sejumlah 30 juta NIS dan memberikan jaminan bahawa kepulangan mereka tidak akan dikenakan apa-apa tindakan.

Setakat ini, kerajaan Israel mendakwa seramai 750,000 rakyatnya telah menetap di luar negara. Lebih tiga perempat dari jumlah itu menetap di Amerika Utara dan 25 peratus lagi di Eropah. Bagi menarik minat kepulangan rakyatnya, sebelumnya ini beberapa tawaran kewangan telah diberikan namun dilihat kurang berjaya. Dasar baru kali ini, kerajaan menawarkan potongan cukai ke atas insuran kesihatan dan duti harta atau barangan yang akan dibawa bersama dari luar negara jika mereka bersedia menetap di Israel.

TAwaran tersebut hanyalah terhad kepada keturunan Yahudi Israel manakala warga Israel yang bukan keturunan Yahudi tidak mendapat apa-apa faedah. Strategi ini langkah terbaru Israel untuk memberikan penekanan kepada reaksi masyarakat antarabangsa yang mula mempersoalkan pembinaan lebih banyak kawasan petempatan Yahudi. Isreal sedang memperluaskan kawasan perumahan termasuk membina taman-taman perumahan dalam atau berhampiran kawasan yang dikhaskan kepada masyarakat Palestin terutama sekitar Baitulmaqdis.

Apabila lebih ramai rakyat Israel keturunan Yahudi berada dalam negara mereka akan cuba menggambarkan pembinaan kawasan-kawasan perumahan baru itu adalah keperluan yang mendesak, jika tidak “orang baru pulang” itu akan membuat kesimpulan bahawa “rancangan memanggil mereka balik” hanyalah “janji kosong.” Rakyat Yahudi Israel yang berada di luar negara telah banyak membantu bagi membangunkan negara tersebut melalui pelbagai sumbangan kewangan dan melobi pihak berkuasa Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah agar tidak melakukan keceman keterlaluan.

Sikap pura-pura benci masyarakat Eropah dan Amerika Syarikat ke atas apa yang dilakukan oleh Israel hanyalah sebagai “teguran biasa” bagi membuktikan kepada masyarakat antarabangsa “keprihatinan palsu” ke atas nasib rakyat Palestin. Amerika Syarikat yang menganggap dirinya sebagai “polis dunia” dan pejuang demokrasi tulen tidak sedikit pun mengatur langkah drastic untuk melakukan tindakan keras ke atas Israel.

Dalam isu penggunaan senjata kimia putih (posforus) pada bulan Disember 2008, Amerika Syarikat hanya mendesak agar Israel melakukan siasatan, manakala beberapa pengeboman lain ekoran tindak balas Palestin menjadi ejekan yang keterlaluan. Deretan penyiksaan yang tidak pernah terhenti dilakukan oleh Israel ke atas rakyat Palestin di Semenanjung Gaza atau di kem-kem pelarian hanya dilihat sebagai konflik mempertahankan diri dan tindak balas menghalang serangan selanjutnya.

Amerika Syarikat terus menggunakan kuasanya untuk mencari helah bagi melengah-lengahkan rundingan damai Palestin-Israel. Apa yang cuba dilakukan oleh Amerika Syarikat ialah menguasai beberapa buah negara Arab agar tidak menyebelahi Palestin kerana strategi itulah yang akhir menampakkan perpecahan ketara dalam mempertahankan kota suci yang menjadi sejarah peristiwa Israk Mikraj oleh Nabi Muhammad s.a.w dan benteng terakhir Empayar Uthmaniyah dalam siri Perang Salib.

Selagi negara-negara Arab tidak bersatu membantu Palestin, selagi itulah Amerika Syarikat mendapat petunjuk bahawa Israel tidak mempunyai banyak halangan. Dalam menghadapi penduduk Palestin, Israel tidaklah begitu gentar kerana mereka mempunyai senjata berat yang canggih dan sentiasa mendapat bantuan Amerika Syarikat. Sebab itulah Israel secara berterusan terus mendesak Amerika Syarikat supaya mempercepatkan proses memulau Iran atas alasan membangunkan senjata nuklear.

Kalau sebelumnya, Israel berjaya memujuk Amerika Syarikat untuk mempercayai bahawa Iraq mempunyai senjata pemusnah besar-besaran kerana khuatir Saddam Hussein meneruskan dasar yang keras terhadap Yahudi. Menurut beberapa pendedahan dan laporan yang dikeluarkan, Yahudi telah menggunakan pelbagai strategi bagi meyakinkan masyarakat dunia bahawa Iraq memangnya sebuah negara yang gemar berperang dan samseng. Yahudi yang menguasai pelbagai bentuk perniagaan termasuk media telah berjaya melakarkan imej terhadap Saddam Hussein sehingga Presiden Amerika Syarikat sebelum ini, George W. Bush meletakkan negara Iraq sebagai senarai negara teratas, manakala Iran adalah negara kedua ganas.

Pemeringkatan itu berjaya memberikan keyakinan banyak negara sehingga George W. Bush melakukan serangan ke atas Iraq dengan bantuan banyak pihak, termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu melalui Majlis Keselamatan. Iraq telah berjaya dimusnahkan, kini Iran menanti untuk menjadi sasaran walaupun presidennya telah bertukar. Perubahan yang ingin dilaksanakan oleh Barrack Obama masih belum jelas, hanya masih berada pada tahap retorik.

Penutupan kem tahanan “pengganasa” masih belum dilaksanakan sepenuhnya walaupun pernah berjanji akan menutupnya dalam masa setahun. Hingga kini, sudah lebih setahun Obama menjadi presiden Amerika Syarikat ke-44, janjinya untuk mengundurkan ketumbukan tentera di Iraq juga belum dilaksanakan, manakala penjajahannya ke atas Afghanistan masih belum menunjukkan tanda-tanda akan berakhir kerana semakin ramai tentera ditempatkan.

Amerika Syarikat juga tidak memberikan apa-apa reaksi apabila Israel enggan menandatangani pengurangan senjata, sebaliknya beberapa hari lalu kedengaran akan menyalurkan bantuan bagi membolehkan loji nuklear dibina di sana. Orang-orang Yahudi yang berada di Amerika Syarikat terus menguasai pentadbiran Rumah Putih walaupun Obama dikatakan sedang berusaha mempertingkatkan hubungan dengan negara-negara Arab.

Pat Buchanan beberapa hari lalu menulis dalam World Net Daily menyelar mengenai keghairahan masyarakat Yahudi. Rencana yang bertajuk “Apakah Liberal (Parti Liberal) Anti WASP (White Anglo-Saxon Protestant”, menjadikan Pat Buchanan sebagai salah seorang anti-Semit. Beliau bimbang jika calon Hakim Mahkamah Agong, Elena Kagan akan terpilih mendudukinya, akan menyebabkan “akan ada sejumlah besar orang Yahudi yang tidak secara sepatutnya berada”.

Menurut Buchanan lagi, “ jika Kagan berjaya dilantik, Mahkamah akan mempunyai tiga orang Yahudi dan enam orang Katolik.” Sejak tahun 1965, kepresidenan dari parti Demokrat tidak pernah melibatkan diri dalam pencalonan hakim Mahkamah Agong. Dari tujuh hakim yang dicalonkan oleh Demokrat (John Kennedy, Lyndon B. Johnson, Bill Clinton dan Barrack Obama), masing-masing seorang dari orang kulit hitam dan keturunan Puerto Rico, iaitu Sonia Sotomayor. Lima lagi calon ialah orang Yahudi, iaitu Arthur Goldberg. Abe Fortas, Ruth Bader Ginsberg, Stephen Breyer dan Elena Kagan. Kerana itulah Buchanan menganggap bahawa parti Demokrat dipengaruhi oleh Yahudi.

Jika ini menjadi kenyataan, bererti pentadbiran Obama turut dibelenggu oleh telunjuk Yahudi. Obama tidak akan mampu melakukan “perubahan” dan melaksanakan “hubungan mesra dengan negara-negara Arab”, kerana setiap langkah yang bakal diambil secara halusnya mendapat tentangan Zionis Yahudi. Dari sudut media telah juga memperlihatkan kedudukan Obama semakin terperangkap kerana suaranya menjadi semakin lunak dengan kepentingan Yahudi.

Obama juga tidak memberikan apa-apa reaksi apabila seorang ahli akademik telah ditahan oleh pihak berkuasa Israel setelah cuba memasuki negara itu atas undangan Universiti Bir Zeit, Tebing Barat. Noam Chomsky ahli akademik yang banyak memperkatakan tentang lobi Yahudi dalam mempengaruhi dasar luar Amerika Syarikat dan banyak mengkritik serangan ganas Zionis telah tidak dibenarkan masuk ke Israel.

Bercakap kepada Channel 10 TV Israel dari Jordan, Chomsky yang cuba memasuki Israel melalui Jambatan Allenby di sempadan Jordan telah disoalsiasat dan ditahan selama lima jam. Chomsky tiba bersama seorang anak perempuan dan dua orang rakan lamanya dijadualkan memberikan syarahan atas undangan ahli parlimen Palestin, Mustafa Barghuti. Tanpa menjelaskan alasan yang wajar, Chomsky akhirnya tidak dibenarkan memasuki Tebing Barat sebaliknya disindir kerana tidak berhasrat menyampaikan ceramahnya di Universiti Israel.

Tindakan menghalang kemasukan Chomsky disifatkan oleh Barghuti sebagai tidak menghormati kebebasan bersuara. Israel akan tetap menghalang sesiapa sahaja yang dilihatnya sebagai bercanggah dengan kepentingan zionis, kerana pemimpin-pemimpin Amerika Syarikat tetap berada di belakannya memberikan sokongan. Tetapi, sebaliknya jika Chomsky disiasat dan tidak dibenarkan masuk ke negara Islam, tentunya suara lantang Rumah Putih akan bergema. Inilah kekuatan dan kekesanan lobi Yahudi sejak Theodor Herzl memperkenalkan protokol yang membawa kepada terdirinya sebuah negara Israel sebagai “tanah yang dijanjikan.”

Sampai bila pun Palestin tidak akan menemui keamanan, kerana Yahudi terus menggunakan kekuatannya mempengaruhi setiap keputusan Presiden hatta menodai janjinya sendiri. Media yang menjadi monopoli Yahudi akan tetap berusaha menggilapkan imej presiden dan memesongkan tanggapan bahawa sebenarnya masyarakat Palestin itu sendiri tidak mahukan keamanan, kerana sentiasa memulakan sengketa dan membangkitkan konflik, walhal Israel memang bersedia melaksanakannya. Hari Nabka hanya sekadar mengingati sebuah petunjuk duka, tidak memberikan apa-apa kesan kepada masyarakat antarabangsa, terutama negara-negara (Malaysia) yang terus bergantung harap kepada Amerika Syarikat dan sekutunya.

No comments:

Post a Comment

SALAM SEMUA