Tuesday, December 21, 2010

ILMU YANG BERTERUSAN..

Bismillahirrahmanirrohim...

Alhamdulillah ke atas semua nikmat yang Allah telah anugerahkan kepada kita, tidak kira sama ada natijahnya baik ataupun buruk,tetapi yang pasti, natijah tersebut pasti ada hikmah ataupun kebaikan yang tersenbunyi disebaliknya, dan lebih-lebih lagi natijah tersebut disertai bersama kasih sayang dan rahmat Allah yang tidak trnilai kepada hamba-hambanya..

Hurm..dah lama tak singgah di taman dedaunan cinta ni, dah hampir layu daun-daun cinta ni..hehe... kesian, tapi xpe ,sebelum hangpa layu..den siram....

Pada kali ni,ana bukanlah nak bercerita panjang, cuma nak kongsi sedikit ilmu yang ana dapat masa pergi ceramah tadi lebih kurang sejam setengah (kul 9.30pm-11.00pm). Yang diundang pada kali ini ialah Ustaz Hasyimi. Beliau menyampaikan ceramah tentang "Semester Baru, Azam Baru".

Antara isi yang dikupas oleh beliau ialah tentang hijrah. Hijrah dari sesuatu yang buruk kepada sesuatu yang baik, juga hijrah dari semester yang lepas kepada semester yang baru, dan beliau juga mengaitkan hijrah tersebut dengan hijrah pada zaman Rasulullah S.A.W bersama pengikutnya dari Mekah ke Madinah.

Beliau juga menerangkan tugas sebagai pelajar universiti adalah :

1) Bukan sahaja belajar untuk mendengar,seperti yang kita lakukan di sekolah rendah atau sekolah menengah, bahkan kita perlu menjadi orang yang belajar untuk menyampaikan.

2)Kita bukan sahaja mengubah orang lain atau apa sahaja,malah, kitalah yang perlu berubah dari tokok yang lama kepada yang baru.

3) Kita juga perlu menggalas tugas yang besar iaitu dengan menyampaikan. Sebagaimana yang kita tahu, menyampaikan (tabligh) adalah salah satu sifat yang ada pada Nabi kita..maka hendaklah kita mengikuti contoh teladannya jika ingin menjadi orang cemerlang dan beruntung walaupun kadang-kadang apa yang kita sampaikan tidak memberi kesan kepada orang yang mendengarnya, sekurang-kurangnya walaupun tidak memberi manfaat kepadanya, tetapi menjadi manfaat kepada kita di akhirat nanti,maka jadilah kita orang-orang yang beruntung walaupun tidak berapa beruntung di dunia, kerana syurga abadi ...syurga hakiki seorang muslim bukanlah di dunia, tetapi telah disediakan oleh Allah S.W.T di akhirat kelak.. yang diperlukan hanyalah sedikit kesabaran untuk usia yang pendek ini jika dibandingkan usia kita di akhirat kelak..

4)Kita juga perlu betulkan niat kita sebagai seorang yang menuntut ilmu. Bagaimana? Belajarlah untuk mendapatkan keredhaan, keberkatan dan sebagai wasilah untuk kita lebih dekat (taqarrub) kepada-Nya, bukannya belajar semata-mata kerana peperiksaan, kerana ingin memperoleh keputusan yang cemerlang, skor semua A dalam semua subjek, mendapat CGPA yang tertinggi agar disenaraikan sebagai 'Dean List'... bukannya tak boleh untuk cemerlang dalam apa yang kita targetkan,tetapi jadikanlah target utama kita semata-mata kerana Allah,kemudia sebagai sampingan-sampingan yang lain,kita boleh berusaha untuk hidup bahagia didunia ini, kerana seorang muslim yang cemerlang dan hebat bukan sahaja berjaya dan beruntung di dunia,tetapi kedua-duanya iaitu di dunia dan di akhirat. Renung-renungkanlah ye!
         Andai kata kita hanya targetkan kejayaan kita semata-mata peperiksaan, maka setelah kita tamat peperiksaan dan mendapat keputusan yang cemerlang contohnya kalau dah dapat degree, maka perjuangan kita hanya setakat itu sahaja, kerana apa? kerana target kita hanya peperiksaan. Sepatutnya dalam proses menuntut ilmu ini,kita perlu bermuhasabah diri semula..kerana belajar tiada hadnya, sama ada masa, tempat, kawasan..maka dengan itu,belajarlah untuk jangka masa panjang. Tidak semestinya kalau kita tak sambung Master atau Phd kita tidak boleh belajar..siapa kata? Belajar boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dalam apa jua bentuk keadaan sekalipun! Percaya tak? Kita tak semestinya boleh belajar apabila ke sekolah, kelas, ke kuliah tapi banyak wasilah dan sumber-sumber yang lain kita boleh belajar antaranya belajar melalui buku.. cmne tu?? dengan membacala sayang ooii...(maaf kot2 terkasar bahasa,hehe), kadang-kadang orang yang tak belajar tinggi pun boleh belajar jugak, kadang-kadang mereka lebih hebat dari kita, eh! cmne pulak tu? hurmm..mereka ni belajar melalui pengalaman kerana pengalaman itu, kadang-kadang adalah guru yang terbaik untuk diri kita kerana disitulah titik (point) untuk kita belajar mengenali diri,kekurangan diri dan sebagainya.

Apa yang menarik hati saya dan buat saya tertarik kepada ucapan ustaz ini ialah apabila beliau mengatakan " Kita bukanlah pekerja Allah dalam melaksanakan segala perintah2 dan suruhan-Nya, tetapi kita adalah hamba Allah yang memiliki diri kita secara mutlak sama ada setiap pernafasan kita, setiap apa yang kita pertuturkan, harta kita semuanya milik Allah...oleh itu,segala yang kita lakukan mestilah bersandarkan syariat dan perintah-perintah-Nya.

Ada satu lagi kata-kata ustaz ni yang membuatkan saya terfikir sejenak, beliau mengumpamakan "Dunia ibarat  laut . Maka apabila kamu tiba di sana, ambillah sebanyak mana ikan-ikan ,lauk-pauk dan rezeki yang bermanfaat didalamnya untuk dijadikan sebagai bekalan..seolah-olah kamu akan pergi ke suatu tempat yang kamu tidak akan kembali buat selama-lamanya..."

Tidak lain tidak bukan yang dimaksudkan dengan laut itu adalah dunia,  manakala ikan,lauk-pauk,rezeki itu pula adalah amalan-amalan yang baik yang kita lakukan untuk dijadikan bekalan, dan SUATU TEMPAT YANG KITA TIDAK AKAN KEMBALI ITU ADALAH NEGERI AKHIRAT... Renung-renungkan.. Wallahua'lam...

No comments:

Post a Comment

SALAM SEMUA