Thursday, October 14, 2010

My Story 1

Hari-hari yang berlalu mustahil dikembalikan, hari-hari yang mendatang sukar diduga, diramal... semakin lama aku berada di dunia universiti ini..semakin aku mengenali diri aku sendiri... banyak persoalan-persoalan yang timbul di benak fikiranku. Siapakah aku? Kenapa aku berada disini? Apa yang aku mahu sepanjang berada di universiti ini, Kerana siapa aku berada disini? kerana umi, abah, keluarga, masa depan atau diri sendiri? Apa yang aku ada untuk membolehkan aku terus dalam perjuangan yang semakin mencabar buat orang sepertiku? Siapa yang dapat membantu aku dalam perjuanganku menuntut ilmu di sini? Semua persoalan ini sering muncul di fikiranku..tetapi sehingga kini aku masih keliru dengan jawapanku. Semua persoalan ini menyebabkan aku merenung sendirian, muhasabah diri. Mungkin ini tahun pertama aku ,mungkin benar apa kata ibuku dan rakanku, aku terkejut kejutan budaya ilmu di sini. Sepanjang masa, setiap hari, setiap jam, setiap detik bahkan setiap saat, seluruh jiwa & raga di fokuskan kepada proses pembelajaran,ilmu, memikirkan untuk menyelesaikan assigment yang bertimbun, presentation yang memerlukan kepada bacaan dan pemahaman yang mendalam dan juga memerlukan kemahiran komunikasi yang baik , quiz yang kadang-kadang memerlukan persediaan seperti persediaan final exam walaupun hanya 10 markah kerana ia begitu penting bahkan satu markah sekalipun,semua pelajar sanggup bersusah payah kerana itu, seperti orang kaya menaburkan duit syiling kepada orang miskin, walaupun duit itu hanya satu sen, ia dianggap amat bernilai.
                Semalam aku baru sahaja selesai quiz political science, agak mencabar soalannya dan tadi aku baru habis mid-term kedua tilawah yang memerlukan ingatan yang kuat dalam mengingati surah-surah juzk amma dan memerlukan kemahiran dan pemahaman yang mendalam tajwid. Manakala esok aku perlu membuat presentation untuk Halaqah(study circle) walaupun hanya untuk 2 markah untuk membantu dalam final dan juga aku perlu tasmi' ,perdengarkan bacaanku surah al-Isra' dan  dua hadis didepan Naqibahku, jika tidak hilanglah markah untuk final exam paperku.
                 Aku selalu menelefon umi dan abah jika aku mengalami masalah yang menyebabkan aku stress, aku juga sering meminta mereka agar sentiasa mendoakan aku di sini aku dipermudahkan belajar. Contohnya apabila aku mendapat markah rendah dalam peperiksaan dan melihat kepada rakan-rakanku yang mendapat markah yang lebih tinggi dariku,aku cemburu. Tapi salah aku juga kerana tidak membuat persediaan dari awal. Kerana itu Allah S.W.T  bersumpah  dalam surah Al-Asr : Demi masa,Sesungguhnya manusia di dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan orang yang mengerjakan kebajikan...)
                 Mungkin di sini sahaja coretan aku pada hari ini, kerana aku benar-benar letih, dan inginmenyimpan tenaga untuk menelaah dan membuat persedian untuk presentation dan tasmi' esok.  Terima kasih kerana sudi membaca coretan ringkasku ini. Ia bukanlah untuk menunjuk-nunjuk atau membuka pekung sendiri , tetapi sekadar luahan hati dikala hati dirudung kesedihan... maaf sekiranya ada keterlanjuran bahasa yang salah atau menyakitkan hari pembaca-pembaca Dedaunan cinta ...nantikan My story 2 pulak nanti..hehe agak-agaknya bila lah ek..

والله أعلم
جزاك الله خير


No comments:

Post a Comment

SALAM SEMUA