Friday, July 2, 2010

Formula untuk mereka nak belajar bahasa arab


Kalau sesiapa yang belajar bahasa arab, ni memang formulanya, tak sah kalau tak hafal. Di atas ini semuanya menggunakan kata akar iaitu ذهب za/ha/ba yang bermaksud pergi.

Oh budu ! Oh petai!

Nyam..nyam..huuurmm..sedapnyer.. sebut je budu dengan petai ni, lidah rasa sedap semacam jer, terutama mereka yang berasal dari pantai timur ni, macam negeri Kelantan,Terengganu,Pahang..ana ni pon walaupun tinggal di Pahang sejak kecil lagi,tapi darah yang yang mengalir dalam badan ni,darah Kelantan tau.. mana tidaknya, mak dengan ayah ana berasal dari Kelantan..hehe..yelah,kat sana kan glamour dengan budu petai nih..hehe

           Ana ni memang suka sangat budu dengan petai ni, tak kiralah, petai muda ke, petai masak ke, petai rebus,petai jeruk, sambal petai..bak kata ada je kaitannya dengan petai mesti sapu (makan)..hehe.

          Selama ni kita makan budu dan petai ni, kita tahu tak ada khasiatnya atau tidak? Entah-entah tak ada pon..wait..wait..don't think like that! Untuk pengetahuan semua, petai dan budu ni ada khasiatnya..cuma kita tak tahukan, sebab tak ada masa nak kaji mende ni,kan? 

           Petai ni banyak khasiatnya, yelah, ciptaan Allah, kita tak boleh menafikannya,petai sebenarnya mengandungi 3 jenis gula iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yang dikombinasikan dengan serat yang mana khasiatnya dapat memberi tenaga yang besar dan tenaga yang besar dalam melakukan aktiviti harian kita. Jadi tidak hairanlah jika para atlet menyukai petai kerana ia memberikan tenaga dan mampu untuk melawan  dan mengubat penyakit. 
  
Menurut survey yang dilakukan oleh MIND diantara pesakit yang mengalami tekanan hidup, ramai antara mereka merasa lebih baik setelah makan petai. Hal ini terjadi karena petai mengandung tryptophan, sejenis protein yang diubah tubuh menjadi serotonin. Inilah yang akan membuat para pesakit relax, memperbaiki mood dan secara umumnya membuat seseorang itu rasa lebih tenang.

Sebenarnya banyak lagi khasiatnya, di sini ana senaraikan ye :

  • Vitamin B6 yang dikandung petai mengatur kadar gula darah, yang dapat membantu mood.
  • Dengan kandungan zat besi yang tinggi, petai dapat menstimulasi produksi sel darah merah dan membantu apabila terjadi anemia.
  • mengurangkan risiko tekanan darah dan stroke
  • mengandungi kalium yang dapat merangsang pemikiran dan membantu kemampuan otak sesuai untuk pelajar.
  • mempunyai serat yang tinggi yang dapat membantu mengatasi masalah sembelit. 
  • Petai dapat menolong orang yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6 dan B12 yang dikandungnya, bersama dengan kalium dan magnesium, membantu tubuh cepat sembuh dari kesan penghentian nikotin. Bagi perokok di luar sana, kalau anda berazam nak hentikan merokok,cuba-cubalah makan petai yer..ingat! merokok membahayakan kesihatan,Haram hukumnya tahu..sebab rokok tu tiada kebaikan yang kita dapat darinya,kalau dapat hilangkan stress, tu hanya untuk sementara jer, lebih baik makan petai,hehehe...merokok tu yang kita dapat keburukan semata-semata..xcaya carilah info tentang rokok tu, ubat nyamuk  pon ada! hurmm....pasni kita pakat ramai-ramai makan petai yer?! hehe.. untuk maklumat lanjut tentang khasiat petai ni, sila layari laman ni berikut Khasiat petai.
 Hurmm..dah tahu betapa khasiatnya petai kan? sekarang kita pergi ke khasiat budu pulak..hehe, sebelum tu ana nak buka sikit fikiran pembaca semua, Nabi S.A.W. kita menyuruh umatnya supaya besederhana dalam hidup, kerana itu dapat menempah kebahagiaan di dunia dan akhirat. Oleh itu, kita hendaklah besederhana dalam hidup kita, begitu juga dengan makan, kita tak boleh asyik makan nasi jer,zat-zat lain kita pinggirkan, macam sayur, buah dan lain-lain. Bak kata Iklan kesihatan di televisyen, "Makanlah makanan yang seimbang". Haa..disini pointnyer iaitu seimbang. Mesti anda pelik kan, kenapa ana kaitkan seimbang dengan budu ni?! macam xda kena mengena jer. Nanti.............nanti...ada kena mengenanya..kita boleh makan budu,tapi janganlah berlebih .

         Untuk pengetahuan budu diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.
Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.

         Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toksik dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.
        
         Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

         Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.  Untuk pengetahuan lanjut tentang khasiat budu ni, sila layari laman web berikut Khasiat Budu.

So, macam mana? tak rugi pon kalau makan budu dan petai ni..mari jadikan petai dan budu makanan favourite anda seperti saya.....!!       (^_^)


tapi jangan lupa gosok gigi..hehe..










Tiada apa yang lebih membanggakan melainkan....


Apa khabar khalifah-khalifah Allah di sana? Moga diberi kekuatan dalam kejihadan...  Haa..di sini ana nak kongsi sikit pengalaman ana semasa di UIA. Sebelum tu ana nak cerita la sikit kan tentang diri ana ni, ana ni bukanlah boleh dikategorikan dari kategori budak cerdik pandai, tetapi kategori biasa2 jer..(rendah diri pulak,huhu). 

           Masa dalam kelas , ustaz ana yang berasal dari Sudan tu, suruh kami buat kerja dalam kumpulan. So, antara semua kumpulan , kumpulan analah yang paling kuat main,kuat gurau,kuat sembang, kuat apa2 jelah..kami semua 3 org perempuan(no boys, dalam kelas bahasa arab kan,xleh campur-campur nie,huhu, kalau bukan kelas agama, memang lama dah kena campur). Masa tu seingat ana, kami kena buat soalan berdasarkan petikan teks arab tu. Tapi entahlah masa hari tu sahabat ana macam xde mood je nak buat. Kebetulan hari tu, ana rasa semangat, yelah, sebab ana sayangkan ustaz tu, sbb sebelum ni pernah kena marah dengan dia pastu dia minta maaf, kira macam kenangan manislah katakan..huhu..eh eh.. tersimpang pulak. So, ana sorang jelah buat soalan-soalan tuh (kalau versi indonesia cakap "gue bikin sendiri kok!"). ustaz bagi tempoh dalam 10 minit. Lepas dah siap tu, ustaz tanya wakil setiap kumpulan ,dia suruh baca, betul ke tidak apa yang kami buat tu ,setiap kumpulan kena komen, kena tegur, ada yang hampir-hampir kena marah,fuh... ,garang jgk ustaz ni. 
                  
          Sampai je giliran kumpulan ana, ana suruh la member-member ana, memandangkan diaorg rilek je kan! huhu..tapi diaorg tiba-tiba pas kat ana pulak..huh! ana la yang kena baca, ana pon baca satu persatu, sekali dengan jawapan (dalam hati tu malu tak terkira dah, al maklumlah wanita pemalu..huhu). Lepas dah habis baca, jawab soalan ustaz, tahu x apa dia?? Agak-agak ana kena marah ke tidak? Alhamdulillah,tak kena marah pon, malah, siap kena puji lagi..hehehe..gembiranya rasa, senangnya hati..sahabat-sahabat ana yang lain pandang ana, puji-puji ,haha..(ni bukan bermaksud ana suka sangat dipuji, cuma rasa bangga bila usaha yang kita buat tu berhasil) ustaz cakap dalam bahasa arab dia la (Jayyid jiddan) mesti pernah dengar kan, kalau xpernah dengar, maksud 'Jayyid jiddan' ialah sangat baik!..hehe 

                 Kalau antum (kamu semua)  nak tahu, bagi seorang pelajar, tiada apa yang lebih membanggakan melainkan PUJIAN SEORANG GURU....

Wednesday, June 23, 2010

Sajak seorang hamba


Setinggi langit di bumi ini
Sebesar lautan yang membiru
Sebanyak butiran pasir di pinggiran pantai
dan sedalam air di lautan

Tinggi lagi darjatMu 
Besar lagi keampunanMu
Banyak sekali rezeki dan nikmat Kau berikan
Dalam sungguh kasih sayangMu terhadap hamba-hambaMu

Tetapi Ya Allah
Mengapa aku masih melakukan apa yang dilarang olehMu
Mengapa aku sanggup mencampakkan diriku ke arah kebinasaan
Mengapa aku ikut pada kemahuan hasutan syaitan
sedangkan ku tahu
mereka ialah musuhku
Mengapa aku tunduk pada nafsuku

Ya Allah,
ampunilah aku Ya Allah
sesungguhnya diri ini penuh dengan dosa dan kemaksiatan
 
berikanlah aku kekuatan
untuk berjihad dengan diriku
untuk melawan nafsuku
untuk menentang syaitan terhina
untuk memperbaiki diriku

Ya Allah,
janganlah Kau berpaling dariku
janganlah Kau menjauhi dariku
janganlah Kau murka kepadaku

tetapi Ya Allah,
kau tetapkanlah imanku 
sebagaimana kau tetapkan iman Nabi Muhammad S.A.W
kau peliharalah diriku
sebagaimana kau peliharakan Maryam
kau berikanlah petunjuk dan hidayahMu
sebagaimana kau berikan kepada para sahabat 
agar aku sentiasa dibawa arus sungai yang  tunduk kepada arah anginMu

Ya Allah,
ku tahu sesungguhnya ya Allah
Engkau maha mengerti segala isi hati
tiada satu perkara pun yang dapat tersembunyi dariMu
dan kerana itu ya Allah
aku bermohon
agar engkau ampunkanlah aku
dan dengan itu
aku tergolong dalam golongan orang yang beruntung didunia dan juga diakhirat

.......................Amiin..........................




Wednesday, June 16, 2010

Penghinaan terhadap syaitan


Pernahkah kita rasa ragu-ragu dalam bilangan rakaat dalam solat? Apakah cara-cara untuk membuang keraguan itu?


Hermm..Jika kita terlupa rakaat solat sama ada sudah cukup atau kurang (misalnya solat Zohor -sama ada tiga rakaat atau empat rakaat), buang keraguan dan pilih yang kurang (tiga rakaat). Cukupkan satu rakaat lagi.

Sebelum memberi salam sujud dua kali (sujud sahwi). Kelupaan itu disebabkan gangguan syaitan. Sujud sahwi adalah sebagai PENGHINAAAN KEPADA SYAITAN.
 

SELAMAT BERAMAL!!!

Bagaimana Sunnah menguap cara Nabi S.A.W?





"Apabila seseorang kamu menguap,maka hendaklah dia menutup mulutnya kerana syaitan dapat masuk. "  (Riwayat Muslim daripada Abu Said al-Khudri r.a.)

(dipetik dari buku Jom Tanya Ustaz, Dr. Nik Yusri Musa)

Friday, June 4, 2010

Hayatilah Sabda Rasulullah S.A.W ini...

"Cintailah kekasihmu dengan sederhana.
Kemungkinan suatu hati nanti dia akan menjadi 
orang yang kamu benci dan bencilah orang
yang kamu benci dengan sederhana. 
Kemungkinan suatu hari nanti 
dia akan menjadi kekasihmu."