Monday, May 31, 2010

LONG COAT SUITABLE FOR MUSLIMAH
























i admire to have these coats, very fashionable, modern looking ,very stylist but more important is suitable for muslimah dress...in these pictures, i just like the coats but not the hijab, because it was unsuitable and did not shows the exactly terms in islam

Palestin oh Palestin!! Who resposible?


Betapa marahnya aku dengan ancamn dn serangn yg dilakukn Israel ..dn yg lebih membangkitkn kemarahn aku ialah..Knp pemmpin2 Islm xmahu masuk campur dlm urusan begini? bukn ke mereka ini org politik yg pndai putar belit?/ Jd,gunakn kmhiran yg ada dgn taktik2 yg licik sebagaimna pihk Amerika dn Yahudi begitu licik mprmain & mmprbodohkn kita umat Islm..---GERAM--
Saudara seislam kita berjuang bermati-matian,shgga ada yg mgorbnkn nywa, kta msih brdiam dri?? Knpa anda smua diam?? sekurg2nya..tlonglh doakn dn slt hjt kpd mereka spy diprmudhkn..mrk sudah pun mggalas fardhu kifayah yg kita tidak mmpu lksnkn,jika smua org tidak mlkkn apa2..kita semua bdosa,kita bukn disruh mmbntu org kristian atau agama lain..ttp agama kita sndri..agama Allah.. tolonglah sedar..
teringt aku sewaktu Rasulullah S.A.W dn rmbngn dihlang msuk ke Mekah utk mlksnkn umrh..dan pd ktika itu,mrka tidk mmbwa apa2 snjta pun, tetpi phk Quraisy mekah tlh bersiap sedia dgn semua klengkpn perang..dan ringkasnya..Rasullah dn rombngnnya berjaya memasuki kota Mekah utk mlksnkn ibadat.. Aku hrp ini juga berlaku trhdp kita utk menawan kembali masjid al-Aqsa
 

Saturday, May 22, 2010

Jom dapat 4 Flat




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


62 TAHUN PALESTIN DIJAJAH

Oleh MUHAMMAD IRFAN ISKANDAR

62 lamanya bumi Palestin telah dibelasah oleh Israel sehingga menyebabkan “tanah yang dijanjikan” itu sebagai neraka manusia asal berketurunan Kanaan. Pada 15 Mei 1948 hasil percaturan politik dan usaha gigih desakan masyarakat Yahudi antarabangsa, bumi Palestin yang berjaya ditawan oleh British dalam Perang Dunia Kedua diserahkan secara rasmi sebagai negara baru Israel.

Mengenang tarikh penyerahan tersebut, lebih 6,000 orang pelarian Palestin berhimpun di kem pelarian Jabaliya dan Nuseirat di Lebanon dan sekitar semenanjung Gaza pada Jumaat lalu (14 Mei 2010) bagi memperingati Hari Nakba – hari bencana. Pada tarikh penyerahan bumi Palestin itu kepada pelampau Yahudi, hari tersebut disifatkan sebagai hari yang paling malang atau bencana kerana bermulah pembentukan sebuah negara baru, iaitu Israel.

Semasa perhimpunan memperingati Hari Nabka, Ketua Perunding Pihak Berkuasa Palestin, Saeb Erekat mengirimkan mesej bahawa “hak-hak pelarian telah dihormati dan dihargai, termasuk hak untuk kembali ke tanah air, kos rawatan kesihatan dan imbuhan. Keadaan itu adalah berlawanan dengan Israel, mereka bukan sahaja menolak untuk mengakui hak warga Palestin untuk kembali dan terus menolak hak-hak asasi para pelarian.”

Dua hari selepas pelarian Palestin memperingati tarikh percerobohan tersebut, kabinet Israel merancang untuk membawa balik sejumlah 15,000 rakyat keturunan Yahudi yang tinggal di luar negara. Bagi membolehkan mereka kembali, kerajaan Israel memperuntukkan sejumlah 30 juta NIS dan memberikan jaminan bahawa kepulangan mereka tidak akan dikenakan apa-apa tindakan.

Setakat ini, kerajaan Israel mendakwa seramai 750,000 rakyatnya telah menetap di luar negara. Lebih tiga perempat dari jumlah itu menetap di Amerika Utara dan 25 peratus lagi di Eropah. Bagi menarik minat kepulangan rakyatnya, sebelumnya ini beberapa tawaran kewangan telah diberikan namun dilihat kurang berjaya. Dasar baru kali ini, kerajaan menawarkan potongan cukai ke atas insuran kesihatan dan duti harta atau barangan yang akan dibawa bersama dari luar negara jika mereka bersedia menetap di Israel.

TAwaran tersebut hanyalah terhad kepada keturunan Yahudi Israel manakala warga Israel yang bukan keturunan Yahudi tidak mendapat apa-apa faedah. Strategi ini langkah terbaru Israel untuk memberikan penekanan kepada reaksi masyarakat antarabangsa yang mula mempersoalkan pembinaan lebih banyak kawasan petempatan Yahudi. Isreal sedang memperluaskan kawasan perumahan termasuk membina taman-taman perumahan dalam atau berhampiran kawasan yang dikhaskan kepada masyarakat Palestin terutama sekitar Baitulmaqdis.

Apabila lebih ramai rakyat Israel keturunan Yahudi berada dalam negara mereka akan cuba menggambarkan pembinaan kawasan-kawasan perumahan baru itu adalah keperluan yang mendesak, jika tidak “orang baru pulang” itu akan membuat kesimpulan bahawa “rancangan memanggil mereka balik” hanyalah “janji kosong.” Rakyat Yahudi Israel yang berada di luar negara telah banyak membantu bagi membangunkan negara tersebut melalui pelbagai sumbangan kewangan dan melobi pihak berkuasa Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah agar tidak melakukan keceman keterlaluan.

Sikap pura-pura benci masyarakat Eropah dan Amerika Syarikat ke atas apa yang dilakukan oleh Israel hanyalah sebagai “teguran biasa” bagi membuktikan kepada masyarakat antarabangsa “keprihatinan palsu” ke atas nasib rakyat Palestin. Amerika Syarikat yang menganggap dirinya sebagai “polis dunia” dan pejuang demokrasi tulen tidak sedikit pun mengatur langkah drastic untuk melakukan tindakan keras ke atas Israel.

Dalam isu penggunaan senjata kimia putih (posforus) pada bulan Disember 2008, Amerika Syarikat hanya mendesak agar Israel melakukan siasatan, manakala beberapa pengeboman lain ekoran tindak balas Palestin menjadi ejekan yang keterlaluan. Deretan penyiksaan yang tidak pernah terhenti dilakukan oleh Israel ke atas rakyat Palestin di Semenanjung Gaza atau di kem-kem pelarian hanya dilihat sebagai konflik mempertahankan diri dan tindak balas menghalang serangan selanjutnya.

Amerika Syarikat terus menggunakan kuasanya untuk mencari helah bagi melengah-lengahkan rundingan damai Palestin-Israel. Apa yang cuba dilakukan oleh Amerika Syarikat ialah menguasai beberapa buah negara Arab agar tidak menyebelahi Palestin kerana strategi itulah yang akhir menampakkan perpecahan ketara dalam mempertahankan kota suci yang menjadi sejarah peristiwa Israk Mikraj oleh Nabi Muhammad s.a.w dan benteng terakhir Empayar Uthmaniyah dalam siri Perang Salib.

Selagi negara-negara Arab tidak bersatu membantu Palestin, selagi itulah Amerika Syarikat mendapat petunjuk bahawa Israel tidak mempunyai banyak halangan. Dalam menghadapi penduduk Palestin, Israel tidaklah begitu gentar kerana mereka mempunyai senjata berat yang canggih dan sentiasa mendapat bantuan Amerika Syarikat. Sebab itulah Israel secara berterusan terus mendesak Amerika Syarikat supaya mempercepatkan proses memulau Iran atas alasan membangunkan senjata nuklear.

Kalau sebelumnya, Israel berjaya memujuk Amerika Syarikat untuk mempercayai bahawa Iraq mempunyai senjata pemusnah besar-besaran kerana khuatir Saddam Hussein meneruskan dasar yang keras terhadap Yahudi. Menurut beberapa pendedahan dan laporan yang dikeluarkan, Yahudi telah menggunakan pelbagai strategi bagi meyakinkan masyarakat dunia bahawa Iraq memangnya sebuah negara yang gemar berperang dan samseng. Yahudi yang menguasai pelbagai bentuk perniagaan termasuk media telah berjaya melakarkan imej terhadap Saddam Hussein sehingga Presiden Amerika Syarikat sebelum ini, George W. Bush meletakkan negara Iraq sebagai senarai negara teratas, manakala Iran adalah negara kedua ganas.

Pemeringkatan itu berjaya memberikan keyakinan banyak negara sehingga George W. Bush melakukan serangan ke atas Iraq dengan bantuan banyak pihak, termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu melalui Majlis Keselamatan. Iraq telah berjaya dimusnahkan, kini Iran menanti untuk menjadi sasaran walaupun presidennya telah bertukar. Perubahan yang ingin dilaksanakan oleh Barrack Obama masih belum jelas, hanya masih berada pada tahap retorik.

Penutupan kem tahanan “pengganasa” masih belum dilaksanakan sepenuhnya walaupun pernah berjanji akan menutupnya dalam masa setahun. Hingga kini, sudah lebih setahun Obama menjadi presiden Amerika Syarikat ke-44, janjinya untuk mengundurkan ketumbukan tentera di Iraq juga belum dilaksanakan, manakala penjajahannya ke atas Afghanistan masih belum menunjukkan tanda-tanda akan berakhir kerana semakin ramai tentera ditempatkan.

Amerika Syarikat juga tidak memberikan apa-apa reaksi apabila Israel enggan menandatangani pengurangan senjata, sebaliknya beberapa hari lalu kedengaran akan menyalurkan bantuan bagi membolehkan loji nuklear dibina di sana. Orang-orang Yahudi yang berada di Amerika Syarikat terus menguasai pentadbiran Rumah Putih walaupun Obama dikatakan sedang berusaha mempertingkatkan hubungan dengan negara-negara Arab.

Pat Buchanan beberapa hari lalu menulis dalam World Net Daily menyelar mengenai keghairahan masyarakat Yahudi. Rencana yang bertajuk “Apakah Liberal (Parti Liberal) Anti WASP (White Anglo-Saxon Protestant”, menjadikan Pat Buchanan sebagai salah seorang anti-Semit. Beliau bimbang jika calon Hakim Mahkamah Agong, Elena Kagan akan terpilih mendudukinya, akan menyebabkan “akan ada sejumlah besar orang Yahudi yang tidak secara sepatutnya berada”.

Menurut Buchanan lagi, “ jika Kagan berjaya dilantik, Mahkamah akan mempunyai tiga orang Yahudi dan enam orang Katolik.” Sejak tahun 1965, kepresidenan dari parti Demokrat tidak pernah melibatkan diri dalam pencalonan hakim Mahkamah Agong. Dari tujuh hakim yang dicalonkan oleh Demokrat (John Kennedy, Lyndon B. Johnson, Bill Clinton dan Barrack Obama), masing-masing seorang dari orang kulit hitam dan keturunan Puerto Rico, iaitu Sonia Sotomayor. Lima lagi calon ialah orang Yahudi, iaitu Arthur Goldberg. Abe Fortas, Ruth Bader Ginsberg, Stephen Breyer dan Elena Kagan. Kerana itulah Buchanan menganggap bahawa parti Demokrat dipengaruhi oleh Yahudi.

Jika ini menjadi kenyataan, bererti pentadbiran Obama turut dibelenggu oleh telunjuk Yahudi. Obama tidak akan mampu melakukan “perubahan” dan melaksanakan “hubungan mesra dengan negara-negara Arab”, kerana setiap langkah yang bakal diambil secara halusnya mendapat tentangan Zionis Yahudi. Dari sudut media telah juga memperlihatkan kedudukan Obama semakin terperangkap kerana suaranya menjadi semakin lunak dengan kepentingan Yahudi.

Obama juga tidak memberikan apa-apa reaksi apabila seorang ahli akademik telah ditahan oleh pihak berkuasa Israel setelah cuba memasuki negara itu atas undangan Universiti Bir Zeit, Tebing Barat. Noam Chomsky ahli akademik yang banyak memperkatakan tentang lobi Yahudi dalam mempengaruhi dasar luar Amerika Syarikat dan banyak mengkritik serangan ganas Zionis telah tidak dibenarkan masuk ke Israel.

Bercakap kepada Channel 10 TV Israel dari Jordan, Chomsky yang cuba memasuki Israel melalui Jambatan Allenby di sempadan Jordan telah disoalsiasat dan ditahan selama lima jam. Chomsky tiba bersama seorang anak perempuan dan dua orang rakan lamanya dijadualkan memberikan syarahan atas undangan ahli parlimen Palestin, Mustafa Barghuti. Tanpa menjelaskan alasan yang wajar, Chomsky akhirnya tidak dibenarkan memasuki Tebing Barat sebaliknya disindir kerana tidak berhasrat menyampaikan ceramahnya di Universiti Israel.

Tindakan menghalang kemasukan Chomsky disifatkan oleh Barghuti sebagai tidak menghormati kebebasan bersuara. Israel akan tetap menghalang sesiapa sahaja yang dilihatnya sebagai bercanggah dengan kepentingan zionis, kerana pemimpin-pemimpin Amerika Syarikat tetap berada di belakannya memberikan sokongan. Tetapi, sebaliknya jika Chomsky disiasat dan tidak dibenarkan masuk ke negara Islam, tentunya suara lantang Rumah Putih akan bergema. Inilah kekuatan dan kekesanan lobi Yahudi sejak Theodor Herzl memperkenalkan protokol yang membawa kepada terdirinya sebuah negara Israel sebagai “tanah yang dijanjikan.”

Sampai bila pun Palestin tidak akan menemui keamanan, kerana Yahudi terus menggunakan kekuatannya mempengaruhi setiap keputusan Presiden hatta menodai janjinya sendiri. Media yang menjadi monopoli Yahudi akan tetap berusaha menggilapkan imej presiden dan memesongkan tanggapan bahawa sebenarnya masyarakat Palestin itu sendiri tidak mahukan keamanan, kerana sentiasa memulakan sengketa dan membangkitkan konflik, walhal Israel memang bersedia melaksanakannya. Hari Nabka hanya sekadar mengingati sebuah petunjuk duka, tidak memberikan apa-apa kesan kepada masyarakat antarabangsa, terutama negara-negara (Malaysia) yang terus bergantung harap kepada Amerika Syarikat dan sekutunya.

Friday, May 21, 2010

As-syahid imam Hasan Al-Banna


10 wasiat As-syahid Imam Hassan Al-Banna..ni kepada sume umat islam renung2kan ..ar..luangkan ar mase sekejap



10 WASIAT HASSAN AL-BANNA
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

1)Wahai kawanku,
Segeralah tunaikan solat di awal waktu. Dikala mendengar azan.Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan
Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ...dimulakan dengan menyebut solat di awalnya.Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2)Wahai kawanku,
Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada anda dan saya.Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman
Di sini ada kedamaian. Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku,
Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari
Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita...
Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku,
Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan?
Syaitannnn namanya !!!




5)Wahai kawanku,
Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s.a.w adalah
yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi
Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6)Wahai kawanku,
Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah
kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair :
Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau
Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.




7)Wahai kawanku,
Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!!
Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita...
Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya
Carilah jalan tengah di antara keduanya.




8)Wahai kawanku,
Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain
Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah...mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama.
Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat...apabila ada tujuan syarie.
-untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
-untuk menghapuskan kemungkaran
-kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
-kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai kawanku,
Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!!
Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci
Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku,
Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan.
Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s.a.w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..)
Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!!
Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya.

dipetik dari : http://mujib1.tripod.com/id4.html

Thursday, May 20, 2010

Bagaimana Bercinta Cara Islam?

Bagaimana Bercinta Cara Islam?

Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya. Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu "Jodoh".

Masyarakat Sudah Lari

Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.

"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.


Konsep Meminang

Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah HARAM perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan,” jelas beliau lagi.

"Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan."

Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.




Perigi Cari Timba

Ada pula yang berkata, “Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, ‘macam perigi mencari timba’, ‘wanita tidak bermaruah’ dan macam-macam lagi.” Sabar dahulu saudari.

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah??

Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.? Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.

Indahnya Cara Islam

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.


Untuk mereka yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita.

Akan tetapi, bagi mereka yang merasakan diri sudah mampu untuk memikul tanggungjawab berumah tangga, mampu memberi nafkah zahir dan batin, maka bernikahlah. Tiada salahnya bernikah ketika belajar. Itu adalah lebih mulia daripada mereka yang ber’couple’, dan memuaskan nafsu mengikut telunjuk syaitan. Ikutilah cara-cara menuju pernikahan yang telah diterangkan di atas. Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.

"Jika tepat masa,ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya" -Ustaz Pahrol Mohd Juoi, penulis buku "Tentang Cinta"
x


Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

Tuesday, May 18, 2010

NUR AIRAA ADNEEN ABDULLAH

Comel x? haha..ni adik aku..baru darjah 4, kalau nak tahu berat dia sama dengan kakak dia nih,nak tahu berapa?? 50 kg!! hehe..berat punyer beratnyer adik aku sampai 3 kali naik motor dengan dia,3 kali jatuh..nasib baik dia luka skit jer,akulah yang teruk skit,tangan xleh gerak..herm..walau bagaimanapun, aku sayang adik aku ni..dialah penghibur di kala siuka dan duka dan kalau aku bosan dialah yang menghiburkan ku..huhu.."KAKAK SAYANG ADIK"


Monday, May 17, 2010

ANDAINYA CINTA ITU HENDAK DIBERI..

Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberikan kepada seseorang yang boleh bergelar suami, pilihlah seorang lelaki yang;

1.Kuat Pengamalan Agamanya

Ukuran boleh dibuat apakah dia menjaga sembahyang fardhunya biar sesibuk mana, kerap berjemaah dan sembahyang pada awal waktu.

Ukur juga, apakah dia menjaga auratnya dengan memakai pakaian yang sopan terutama sewaktu bersukan.

Mengutamakan pemuda yang kuat pengamalan agamanya ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. kerana baginda menerima pinangan Sayidina Ali, seorang pemuda paling miskin tetapi paling bertakwa untuk menjadi suami anaknya, Siti Fatimah.

2. Baik Akhlaknya

Ketegasannya nyata tetapi sebenarnya dia seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Dia bertutur dengan sopan kerana melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. Rasulullah s.a.w. bersabda;

"Jika (seorang lelaki) datang (untuk meminang anak perempuanmu) dan kamu berpuas hati dengan agamanya serta akhlaknya,nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu kamu tidak lakukan maka akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang amat luas."


3. Tegas Mempertahankan Maruah
Ukur, apakah dia pernah pergi ke tempat-tempat yang bleh menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya seperti ke tempat-tempat hiburan yang penuh dengan maksiat.

4. Amanah
Selidiki, apakah dia seorang yang tidak pernah mengabaikan tugas yang diberikan kepadanya atau apakah dia pernah menyalahgunakan kedudukannya.

5. Tidak Boros

Dia bukanlah kedekut tetapi seorang yang tahu membelanjakan wangnya dengan bijaksana. Nikmat yang ada padanya seperti makanan boleh dikongsi sama dengan orang-orang lain yang berhak.

6. Tidak Mengelingas Matanya
Perhatikan apakah matanya kerap mengelingas ke arah perempuan lain yang lalu-lalang sewaktu berbicara. Jika begitu, dia seorang yang bermata keranjang dan berbahaya untuk disenaraikan calon suami.

7. Terbatas Pergaulan

Dia tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah menjadi fitnah orang.

8. Siapakah Rakan Pergaulannya

Rakan-rakan pergaulan adalah yang sama sepertinya.

9. Bertanggungjawab
Rasa bertanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh manakah dia menguntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika dia seorang yang agak berada tetapi keluarganya hidup susah,dia bukanlah seorang yang bertanggungjawab.

10. Tenang wajahnya
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Perhatikan, apakah wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Andainya dia seorang yang kelam-kelibut dia bukanlah calon suami yang anda cari-cari.

  • Berbahagialah anda jika dicintai calon suami yang demikian sifatnya. Semoga berbahagia di dunia dan akhirat.
  • Cinta seorang wanita bukan untuk 'buaya-fren' tetapi untuk suaminya yang sah.

MESTI BACA..

kalau anda pikir anda masih islam bacalah...kalau
tidak......Allah saja yang tahu...

Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini....
kalau lebih dua minit ,tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu
hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih
kurang 1,000 jemaah...tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi
seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji
mata dan membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para
jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya
tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat
masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera
membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok
Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak
Imam mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling
dan meninggalkan jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak
dgn cerita di atas. selain
terhibur anda fikirlahlah...


" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia
Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "


" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan
ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya
membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..
baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang
jumaat lagi..."


"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja..
tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org
kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."


"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa
yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit
dalam al Quran"


"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah
tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend
berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email
yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua
tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang
berunsur agama

Lawak kan ??? Kenapa gelak tu kan realiti.. tapi yg
paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni
akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka email ni
untuk luangkan masa membaca? berapa banyak????
wallahuaallam..

Sunday, May 16, 2010

Penggunaan Akronim di Malaysia dan Indonesia,satu perbandingan

Tajuk : Penggunaan Akronim Dalam Bahasa Melayu di Malaysia dan Indonesia.

Satu Perbandingan.

Oleh : Nur Ayuni Abdullah

Nurul Imani Mustapa Kamal

Pengenalan

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4,”akronim” bermaksud kependekan yang terbentuk daripada huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan misalnya RISDA,MARA.

Manakala menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia pula (KBBI,1994:18),akronim adalah kependekan yang berupa huruf atau suku kata atau bahagian lain yang ditulis dan dilafazkan sebagai kata yang wajar misalnya Mayjen (Mayor Jenderal), rudal (peluru kendali), dan sidak (inspeksi mendadak).

Menurut Abdul Aziz Abdul Rahman akronim tergolong dalam bentuk kata tunggal yang terdiri daripada satu bentuk dasar,iaitu bentuk yang tidak menerima imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal terdiri daripada beberapa bahagian antaranya kata akronim. Kata akronim adalah kata yang hampir menyerupai kata singkatan, tetapi berbeza dari segi proses pengujaran dan penulisannya.

Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar. Sungguhpun akronim berasal daripada beberapa perkataan tetapi telah menjadi satu kata yang percantuman bahagian-bahagian daripada beberapa perkataan untuk membentuk satu perkataan baru.

Konsep Akronim

Terdapat kekeliruan dalam kalangan pengguna bahasa Melayu, iaitu untuk membezakan akronim dan singkatan. Sebenarnya jika kita kaji dengan terperinci tentang akronim dan singkatan, ia sebenarnya mempunyai fungsi dan cara pembentukannya yang tersendiri.

Singkatan berfungsi untuk memendekkan atau membuang huruf dalam sebuah perkataan atau beberapa perkataan dan diujarkan secara satu persatu mengikut ejaan huruf. Contohnya , UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), dsb. (dan sebagainya) , kol. (kolonel), dan up. (untuk perhatian).

Manakala,akronim ialah bentuk kata tunggal yang terjadi dan terhasil daripada huruf-huruf pertama atau suku kata, ataupun bahagian-bahagian lain dalam satu rangkai kata. Gabungan huruf awal atau suku kata yang wujud dalam satu rangkai kata ditulis serta dilafazkan sebagai satu kata yang wajar dan utuh.

Dalam bahasa Melayu, akronim tergolong dalam kata tunggal walaupun ianya terhasil daripada percantuman bunyi-bunyi pertama dalam sejumlah perkataan atau percantuman bahagian-bahagian daripada beberapa patah perkataan. Hal ini menunjukkan bahawa proses pembentukan akronim berbeza daripada proses pembentukan kata-kata tunggal yang lain.

Jenis Akronim

Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1995:105-107), akronim terbahagi kepada empat jenis iaitu :

1) Kata akronim cantuman huruf awal perkataan.

Akronim terhasil dengan mencantumkan huruf-huruf dari suku kata awal sebuah perkataan dan kebanyakannya terdiri daripada nama-nama khas tertentu, contohnya :

· ADUN: Ahli Dewan Undangan Negeri.

· UPSI :Universiti Pendidikan Sultan Idris.

· STAR : Sistem Transit Aliran Ringan.

2) Kata akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan sesedap sebutan.

Terhasil daripada cantuman huruf dan suku kata sejumlah perkataan berdasarkan sebutan yang sedap tanpa urutan, contohnya :

· Perhilitan : Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.

· Proton : Perusahaan Otomobil Nasional.

3) Kata akronim cantuman suku kata awal perkataan.

Akronim jenis ini dibentuk melalui percantuman suku kata awal sejumlah perkataan, contohnya :

· Pawagam: Panggung Wayang Gambar

· Kugiran : Kumpulan Gitar Rancak

· Tadika : Taman Didikan Kanak-kanak

4) Kata akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain

perkataan berikutnya.

Akronim jenis ini dibentuk melalui huruf atau suku kata perkataan pertama dengan bahagian

bukan awal perkataan lain dan ditulis dengan huruf kecil ,contohnya :

· hakis : habis kikis

· debunga : debu bunga

· purata : pukul rata

· maging : makan daging

Menurut Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin, menyatakan akronim ini boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan.

1) Permulaan huruf yang diambil hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf besar. Contohnya :

Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH)

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

2) Gabungan huruf awal sesuatu perkataan atau suku kata pertama perkataan tersebut yang ditulis dengan menggunakan huruf kecil keseluruhannya.

Contonya :

taman bimbingan kanak-kanak(tabika)

cerita pendek (cerpen)

3) Gabungan huruf awal atau suku kata sesuatu perkataan dan berfungsi sebagai satu kata nama khas. Kata nama khas ini ditulis bermula dengan huruf besar.

Contohnya :

Berita Nasional Malaysia (Bernama)

Perbadanan Nasional (Pernas)

Institut Tadbiran Awam Negara (Intan)

Menurut Asmah Haji Omar (1986:24), akronim terbahagi kepada tiga iaitu :

1. Menggabungkan suku kata pertama dan suku kata kedua unsur. Gabungan antara kedua-dua suku kata ini dapat membentuk satu perkataan yang mempunyai makna. Contohnya :habis kikis diakronimkan menjadi hakis dan asap kabut diakronimkan menjadi asbut.

2. Gabungan unsur-unsur dengan cara memendekkan unsur pertama dan mengekalkan huruf perkataan kedua tanpa membuangnya.

3. Gabungan kata depan dengan memendekkan unsur kedua pada bahagian awalnya.

Perbandingan Jenis Akronim di Malaysia dan Indonesia

DI MALAYSIA

(Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu)

DI INDONESIA

(Menurut Pedoman Ejaan Bahasa Indonesia Yang Disempurnakan(PUEYD))

1) Gabungan huruf awal setiap perkataan.

ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia)

ILSAS(Institut Latihan Sultan Ahmad Shah)

1)Gabungan huruf awal dalam satu rangkai kata.

ABRI (Angkatan Bersenjata Republik Indonesia)

2) Gabungan huruf dan suku kata sesedap

sebutan.

Awas (Angkatan Wanita Sedar)

Asas 50 (Angkatan Sasterawan 50)

2)Gabungan suku kata atau gabungan huruf dan

suku kata dalam satu rangkai kata.

Bappenas (Badan Perencanaan Pembangunan

Nasional)

Kowani (Kongres Wanita Indonesia)

3)Gabungan suku kata awal setiap perkataan

Cerpen (cerita pendek)

3) Akronim yang bukan nama diri yang berupa

gabungan huruf, suku kata, ataupun gabungan

huruf dan suku kata yang ada dalam satu

rangkai kata.

Contoh dalam bentuk huruf dengan suku kata atau suku kata dengan suku kata.

Awal-awal Wartel(warung telefon)

Awal-tengah Sinetron (sinema elektronik)

Awal-akhir Jasmerah (jangan sesekali

meninggalkan sejarah)

Tengah-awal diklat (pendidikan dan latihan)

Tengah-tengah wasbang

(PengawasanPembangunan)

Tengah-akhir waskat(pengawasan melekat)

Akhir-awal cikgu (encik guru)

Akhir-tengah tilang (bukti pelanggaran)

Akhir-akhir sidak (inspeksi mendadak)

4)Gabungan bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan berikutnya.

Hakis ( habis kikis)

Cara Penulisan dan Pengejaan Akronim

Kata akronim dalam bahasa Melayu di Malaysia adalah terhad tidak seperti di Indonesia yang mana penggunaan akronim ini amat meluas dan mencangkupi hampir semua bidang. Walaubagaimanapun, penggunaan kata akronim ini mempunyai kecenderungan yang agak tinggi untuk menggunakannya sebagai kata nama khas bagi pertubuhan, syarikat dan gedung perniagaan. Ini disebabkan nama asal nama pertubuhan ,syarikat dan gedung perniagaan tersebut panjang ,maka dipendekkan supaya mudah disebut dan diingat.

Seringkali terdapat kekeliruan dalam kalangan pengguna bahasa, khususnya akronim yang melibatkan huruf kecil dan besar. Terdapat pihak yang menggunakan huruf besar semuanya untuk mengeja singkatan nama itu. Contohnya MARA, yang sepatutnya ditulis dengan huruf besar hanya dipermulaan kata dan huruf kecil keseluruhannya. Walaubagaimanapun, cara menulis akronim ini bergantung kepada cara pembentukan dan jenis akronim tersebut.

Secara umumnya,akronim boleh ditulis dengan tiga cara iaitu :

1) Jika akronim tersebut terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal dalam satu rangkai kata yang disingkatkan, maka semua huruf hendaklah ditulis dengan huruf besar keseluruhannya. Ini kerana asal perkataan-perkataan tersebut adalah daripada kata nama khas. Biasanya jenis akronim ini sering digunakan untuk nama-nama pertubuhan,syarikat dan gedung perniagaan. Contonya Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

2) Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal atau suku kata itu menjadi kata nama khas,kata itu ditulis bermula dengan huruf besar. Pengambilan suku kata sama ada ia lengkap atau tidak, menyebabkan perkataan baharu berkenaan (Mara,Intan, dan Awas) tidak boleh menggunakan huruf besar sepenuhnya. Ini kerana huruf besar boleh digunakan untuk huruf pertama sahaja kerana perkataan yang baharu terbentuk ini bersifat kata nama khas. Contohnya Majlis Amanah Rakyat boleh ditulis menggunakan huruf besar keseluruhannya jika akronimnya ialah (MAR) Begitu juga dengan akronim bagi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yakin).

3) Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya jika bukan kata nama khas. Perkataan Gapena boleh menggunakan huruf besar di awal perkataan kerana asal sifat rangkai kata tersebut merupakan kata nama khas. Namun begitu,bagi kata akronim yang terbentuk dari kata nama am keseluruhannya seperti tadika, cerpen, kugiran, dan maging hendaklah ditulis dengan huruf kecil semuanya, kecuali jika perkataan ini dihadirkan pada awal ayat, hendaklah menggunakan huruf besar semuanya seperti penggunaan bahasa Melayu yang lazim.

Sungguhpun demikian, semua perkataan tersebut boleh ditulis dengan huruf besar sepenuhnya sekiranya terlibat dengan penulisan tajuk, umpamanya tajuk berita yang melibatkan perkataan lain juga menggunakan huruf besar.

Proses Pembentukan Akronim di Malaysia

Proses pembentukan akronim tidak mempunyai prinsip yang jelas. Cara pembentukan adalah melalui proses penggabungan dan pembentukan kata nama bagi melahirkan bentuk baharu yang lebih ringkas. Pembentukan akronim biasanya digunakan sebagai kata nama khas dan proses pembentukannya agak longgar. Penggabungannya adalah secara bebas, boleh berupa suku kata awal mahupun suku kata akhir, dan boleh juga berupa huruf-huruf awal setiap perkataan.

Menurut Nik Safiah Karim dalam akhbar Berita Harian, (21 Februari 2006,4) dalam bahasa Melayu, proses membentuk perkataan baharu dengan cara begini (pengakroniman) tidak digalakkan kerana walaupun senang dan menarik, prosesnya terlalu longgar dan tidak berasaskan prinsip-prinsip tertentu. Sesiapa sahaja boleh membentuk perkataan dengan ini mengikut sesuka hati.

Manakala menurut Mohamed Ditchay Gani dalam bukunya Evolusi Bahasa Melayu (2000,20-21), akronim boleh diklasifikasikan sebagai salah satu daripada proses pembentukan kata sekiranya ia mampu menghasilkan bentuk kata yang utuh, yakni berpotensi untuk dibangunkan dan berkesan secara semantik dan struktural.

Secara semantik, makna yang dibawanya adalah bebas dan tidak terikat kepada konteks tertentu sahaja. Secara struktural pula, ia harus mampu menerima pengimbuhan. Dari sudut sosial, akronim seharusnya mampu membentuk citra dan mengukuhkan kewujudannya berdasarkan pengalaman dan kefahaman pengguna.

Dalam bahasa Melayu, akronim dikatakan produk sifat kata dalam bahasa Melayu yang dwisuku kata. Maka pemendekan kata bagi menghasilkan akronim amat serasi dengan bahasa Melayu. Proses akronim ini tidak akan menimbulkan masalah selagi terdapat kolerasi antara akronim yang dihasilkan dengan unsur morfosintaksis.

Lazimnya akronim terbahagi kepada dua jenis, iaitu akronim dalam bentuk singkatan kata-kata dan akronim yang serasi unsur morfosintaksis. Akronim dalam bentuk yang pertama bersifat terikat kepada konteks dan tidak mudah berkembang, manakala akronim dalam bentuk kedua tidak terikat atau bebas konteks dan mampu berkembang. Akronim jenis pertama juga merangkumi jenis singkatan.

Contoh Akronim Jenis Singkatan

MASUM Majlis Anggota Sukan Universiti-Universiti Malaysia

MARA Majlis Amanah Rakyat

POBI Projek Buruh Indonesia

Contoh Akronim Jenis Bebas Konteks (mampu berkembang)

hakis

(habis + kikis)

hakisan

menghakis

dihakiskan

cereka

mencerekakan

(cerita + reka)

pencerekaan

kecerekaan

dicerekakan

pencereka

Contoh Akronim Jenis Terikat kepada Konteks

Tenusu (ternak + susu)

Tajaka (taman + jagaan + kanak-kanak)

Kugiran (kumpulan + gitar + rancak)

Pawagam (panggung + wayang + gambar)

Syarat dan Proses Pembentukan Akronim Indonesia

1) Jumlah suku kata tidak melebihi jumlah suku kata yang lazim pada kata Indonesia

2) Akronim dibentuk dengan memerhatikan keserasian kombinasi vokal dan konsonan yang sesuai dengan pola kata Indonesia yang lazim.

3) Kadang-kadang akronim boleh diberi imbuhan jika dapat dilafazkan sebagai kata yang wajar.

Contoh : (1) tilang (bukti pelanggaran)

-menilang

-ditilang

-penilangan

(2) PHK(putus hubungan kerja)

- mem-PHK

-di-PHK-kan

(3)tapol (tahanan politik)

-ditapolkan (dijadikan sebagai tahanan politik)

Sejarah Akronim di Indonesia

Di Indonesia, sejarah mencatat bahawa Sukarno yang telah membudayakan akronim dalam kehidupan seharian mereka. Sukarno suka menyederhanakan dan meringkaskan sebuah istilah, slogan kalimat atau apa sahaja dalam bentuk akronim supaya mudah untuk diingat, difahami dan diucapkan oleh rakyat kebanyakan.

Tercatat dalam buku sejarah tentang Sukarno, diceritakan ketika beliau diasingkan di Ende, Pulau Flores pada tahun 1934 – 1938, dengan kepandaiannya beliau telah mencipta akronim dari nama ibu mertuanya untuk memperkenalkan idea tentang kemerdekaan Indonesia. AMSI, begitulah nama ibu mertua beliau dan nama tersebut telah dijadikan akronim iaitu “Akan Merdeka Seluruh Indonesia”.

Setelah beliau menyandang jawatan sebagai Presiden Republik Indonesia, beliau telah menghasilkan banyak akronim pada zamannya, contohnya ialah Trikora (Tri Komando Rakyat), Dwikora (Dwi Komando Rakyat), Berdikari (Berdikari di Atas Kaki Sendiri), Jasmerah (Jangan Sekali-kali Meninggalkan Sejarah), Gestok (Gerakan Satu Oktober), Turba (Turun ke Bawah).

Hakikatnya, golongan tenteralah yang gemar menciptakan akronim. Contohnya, Kodam, Pangdam, Koramil, Kodim, Armabar , Akpol, Polsek, Polres, Wanra, Polwan dang banyak lagi. Dalam operasi mereka, terdapat banyak istilah-istilah akronim yang terbentuk, ini tidak lain hanyalah untuk memudahkan penyebutan, pelaporan bahkan lebih penting lagi untuk memudahkan penyamaran.

Selepas itu, penggunaan akronim ini diteruskan dan dikembangkan pada zaman Suharto. Mungkin kerana beliau sudah terbiasa dengan zaman Sukarno atau kerana latar belakang beliau sendiri yang dari golongan ketenteraan yang secara tidak langsung akronim telah digunakan dalam kehidupan seharian mereka. Contoh akronim yang wujud pada zaman beliau ialah Repelita (Rencana Pembangunan Lima Tahun), Opsus (Operasi khusus), Aspri (Asisten Pribadi), Irwasbang (Inspektur Pengawasan Pembangunan), waskat (pengawasan melekat). Ini adalah sedikit antara akronim yang tumbuh pada zaman Suharto.

Mohammad Sobary, seorang kolumnis iaitu mantan pemimpin redaksi Kantor Berita Antara juga mengambil serius tentang hal akronim ini. “Bahasa rusak karena pemakaian akronim, terutama dalam dunia militer. Sayangnya kebiasaan menyingkat kata itu terus bertumbuh tidak hanya di kalangan militer.” kata Sobari. Akronim pada awalnya memang banyak digunakan oleh kalangan tentera, tetapi setelah Nugroho Notosusanto, seorang tentera, masuk ke Departemen Pendidikan dan Kebudayaan, akronim disebarkan ke seluruh bahagian tersebut. Sebenarnya hal ini tidak akan menjadi masalah sekiranya penggunaan akronim tersebut terhad dalam kalangan mereka sendiri, tetapi untuk penggunaan yang lebih luas, akronim itu tidak seharusnya digunakan.

Sebab Berlakunya Peningkatan Akronim Di Indonesia

1) Pihak media yang keliru tentang konsep dan kaedah penulisan ringkas. Seperti yang kita ketahui, tulisan di media sememangnya harus ringkas, padat dan tercapai maksud yang inngin disampaikan. Namun, banyak wartawan yang malas membuat struktur tulisan yang sempurna iaitu dengan mengambil kira syarat-syarat penulisan yang tepat. Sekiranya jumlah perkataan dalam artikel mereka melebihi kriteria yang ditetapkan, dan untuk mengelakkan perkataan yang sama berulang, tanpa berfikir panjang mereka dengan mudahnya menggunakan singkatan dan akronim sesuka hati sama ada hasil ciptaan mereka sendiri atau dari sumber-sumber yang lain. Padahal untuk mengurangkan jumlah perkataan dalam tulisan mereka, mereka boleh meringkas struktur ayat tersebut menjadi kukuh dan logik tanpa menggunakan perkataan yang berulang-ulang dan bukan sewenang-wenangnya menggunakan akronim dan singkatan. Tindakan ini jelas menunjukkan bahawa pihak wartawan bersifat “pendek akal” dalam penulisan mereka.

2) Terlalu obses pada singkatan dan akronim. Perkara ini bukan saja berlaku terhadap golongan bawahan malah golongan atasan seperti pemerintah, pemimpin, syarikat perusahaan dan organisasi. Mereka sudah terbiasa membuat istilah yang panjang hanya untuk menyingkatnya menjadi singkatan ataupun akronim. Contohnya istilah “pom bensin” iaitu sebagai tempat kereta mengisi bahan bakar, kemudian mereka menciptakan istilah baru yang jauh lebih panjang iaitu “Stasiun Pengisian Bahan Bakar untuk Umum” yang akhirnya disingkat menjadi “SPBU”.

3) Sentiasa inginkan perubahan dan “nafas baru” menyebabkan berlakunya pemborosan. Hal ini bukan saja di kalangan wartawan bahkan masyarakat yang sengaja ingin mencari nama-nama baru dan mengubah dengan sewenang-wenangnya. Misalnya nama kementerian dalam kabinet pemerintah yang sering berubah setiap kali pemerintahan berganti. Kementerian Perumahan, disebut Menteri Perumah Rakyat (Menpera), dan kini berubah menjadi Menteri Permukiman dan Prasarana Wilayah (Menkimpraswi). Contoh lain ialah “Menteri Kehakiman dan kini disebut “Menteri Kehakiman dan Hak Asasi Manusia (menkeham). Kesan kepada perubahan nama-nama tersebut telah menyebabkan berlakunya pemborosan. Setiap kementerian perlu mengubah papan nama, surat, cop, logo dan apa saja yang berkaitan, setiap lima tahun sekali dengan jumlah biaya yang sungguh mahal. Begitu juga dengan Sekolah Menengah Atas (SMA) berubah menjadi Sekolah Menengah Umum (SMU). Bayangkan, hanya kerana berubahnya satu huruf tersebut, telah menyebabkan pihak sekolah perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk mengubah lirik lagu sekolah, lencana, logo, cop-cop rasmi sekolah dan sebagainya yang akhirnya menyebabkan berlakunya pemborosan.

4) Kecenderungan melunakkan kata (eufemisme). Nama lembaga hendaklah dibuat ringkas sesuai dengan keperluan dan mudah difahami. Misalnya, Komisi Anti-Korupsi yang lebih difahami dan mudah diingati telah ditukar kepada Komisi Pembanterasan Tindak Pidana Korupsi (KPTPK). Hal ini kerana penggunaan istilah Komisi Anti-korupsi seperti yang digunakan sebelum ini dianggap ............... Malah, akronim KPTPK justeru, telah menghapus dan menghilangkan maksud sebenarnya.

5) Bersikap malas untuk menyebut nama yang panjang. Nama lembaga perusahaan dan organisasi seharusnya tidak perlu diakronimkan. Ini kerana akan timbulnya kekeliruan terhadap masyarakat kerana terlalu banyak singkatan yang dipakai untuk pengertian yang berbeza-beza. Contohnya perkataan LAI yang biasanya dipakai untuk “Lembaga Agro Indah” tetapi esoknya sudah tidak relevan untuk digunakan lagi kerana muncul perusahaan “Lumbung Arta Indonesia”. Oleh itu, kita hendaklah menggunakan nama-nama tersebut tanpa panggilan akronimnya kecuali jika nama tersebut panjang dibenarkan menggunakan akronim.

Kebaikan Dan Keburukan Akronim

Setiap sesuatu pasti ada baik buruknya, begitu juga halnya dengan akronim. Ramai orang yang tidak menyedari tentang kebaikan dan keburukan akronim. Walaubagaimanapun, akronim mempunyai lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Oleh itulah penggunaan akronim tidak digalakkan oleh ahli-ahli bahasa sama ada di Malaysia mahupun di Indonesia.

Antara kebaikan akronim ialah pembentukan katanya yang padat, ringkas, mudah disebut dan diingat oleh pengguna bahasa. Contohnya akronim berbentuk kata nama khas, MASUM, akronim ini lebih dikenali, disebut, dan diingat oleh orang ramai berbanding namanya yang asal iaitu Majlis Anggota Sukan Universiti-Universiti Malaysia.

Pembentukan dan penghasilan akronim bukan sahaja boleh dilakukan oleh ahli-ahli bahasa dan pakar-pakar bahasa, malah ia terbuka kepada semua peringkat umur, sama ada golongan muda ataupun golongan yang lebih berusia. Ini kerana akronim tidak terhad kepada satu kelompok sahaja malah, ia boleh dihasilkan dengan kreativiti masing-masing.

Selain itu, ia memberi faedah dalam bidang perisikan dan penyamaran khususnya di Indonesia. Ini kerana disana penggunaan akronim dalam bidang ketenteraan sungguh meluas, malah, hanya golongan mereka sahaja yang memahami maksud akronim tersebut. Dengan itu, pihak musuh tidak dapat memahami bahasa mereka dan segala maklumat dapat dijaga dengan rapi daripada diketahui umum.

Namun, akronim juga mempunyai keburukan yang mungkin tidak ramai menyedarinya iaitu kualiti bahasa akan terhapus dan terhakis sedikit demi sedikit. Hal ini amat membimbangkan ahli-ahli bahasa kerana masyarakat yang sudah terbiasa menggunakan akronim akan menghilangkan nama asal dari akronim tersebut. Contohnya perkataan ‘cikgu’, ia berasal dari perkataan ‘encik guru’. Sehingga sekarang ramai yang tidak mengetahui bahawa perkataan ini adalah akronim dan secara tidak langsung telah menghapuskan kata dasar dan perkataan asal tersebut. Walaubagaimanapun, perkataan ini masih boleh dimaafkan kerana ia sudah lazim dan sebati dalam jiwa masyarakat sejak dahulu lagi. Tetapi, yang menjadi masalah sekarang ialah wujudnya akronim-akronim baru tanpa diketahui akan asal perkataan akronim tersebut yang jarang masyarakat menggunakannya kerana mereka hanya tahu setelah akronim itu dibentuk.

Selain itu, penghasilan akronim yang terbuka luas kepada sesiapa sahaja telah menyebabkan akronim yang dibentuk itu tidak menepati dan mematuhi syarat-syarat pembentukannya dan menjadikan proses pembentukannya longgar. Jika di Malaysia, pembentukan akronim masih terkawal dan masih menepati syarat-syarat pembentukannya, tetapi di Indonesia, akronim yang lahir seperti “cendawan tumbuh selepas hujan” dan tidak terkawal itu telah menyebabkan pencipta akronim seronok menghasilkan akronim yang baru tanpa mematuhi syarat-syarat pembentukannya mungkin juga kerana terikut-ikut dengan budaya mereka yang suka ‘membudayakan akronim’.

Dari sudut luarannya, orang asing tidak lagi memahami bahasa yang digunakan kerana terlalu banyak menggunakan akronim, bahkan mempersulitkan mereka untuk mempelajarinya. Kita lihat saja terjemahan dalam al-quran Indonesia, kerana banyaknya penggunaan akronim, orang Malaysia tidak lagi memahami bahasa quran Indonesia begitu juga sebaliknya. Manakala dari segi akhbar pula, orang Malaysia sudah tidak lagi memahami akhbar tempatan Indonesia kerana banyaknya akronim. Sutan Takdir Alisyahbana, seorang budayawan dan pakar bahasa Indonesia sudah awal-awal lagi mengingatkan tentang akronim. “Berbahaya, jika bahasa kita terlampau banyak akronim. Berkecamuknya akronim ini membuat bahasa Indonesia kini makin dijauhi oleh orang Malaysia. Sekarang ini, pengaruh bahasa Indonesia ke bahasa Melayu berkurang karena orang Malaysia tidak mengerti lagi surat khabar Indonesia.” ujar beliau (Tempo, Selingan,10/03/1990).

Dengan bertambahnya akronim dari hari ke hari, akan menyebabkan bertambahnya kekeliruan di kalangan masyarakat. Hal ini kerana banyak akronim yang sama digunakan secara bertindih untuk pengertian yang berbeza. Contohnya perkataan AWAS (Angkatan Wanita Sedar) tetapi muncul satu lagi akronim yang sama iaitu ‘awas’ yang bermaksud (anda waspada anda selamat).

Ketika menciptakan akronim, kita pada dasarnya sedang mencipta kosa kata ataupun istilah. Jika terlalu banyak, hasilnya akan menjadi “ledakan kosa kata”. Lantaran itu, kamus akan cepat usang kerananya. Begitulah akronim hakikatnya, sekiranya kita menggunakannya berpada-pada, ia akan membawa manfaat yang baik, jika sebaliknya, ia akan memberi kesan yang buruk kepada kita khususnya dalam institusi bahasa di negara kita.

Bibliografi

Asmah Hj. Omar. (1986). Nahu Melayu Mutakhir.

http://abgaloha86.blogspot.com/2008/11/apa-itu-kata-singkatan-dan-akronim.html

http://agy7500.blogspot.com

http://id.wikipedia.org/wiki/Akronim

http://id.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Pedoman_penulisan_singkatan_dan_akronim

http://masboi.blogdrive.com

http://rimbunahu.blogspot.com/2009_05_01_archive.html

http://www.gurusukses.com/mnemonic-2-akronim

http://www.tutor.com.my

Kamus besar bahasa Indonesia.......

Kamus Dewan Edisi ketiga

Mohamed Ditchay Ghani & Mohamed Abdul Aziz. (2007). Evolusi Bahasa Melayu.

Nik Safiah Karim, et al. (2002). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.

Nik Safiah Karim. 21 Februari 2006. Tadika, Tabika, Taska – Pengakroniman dalam bahasa

Melayu. Berita Harian. 4.

Senarai Akronim di Malaysia. (1997). Perpustakaan Negara Malaysia.